KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Sukan@ariosey

Final Piala FA 29 June 2013 Johor Darul Takzim (JDT) lawan Kelantan

Akhirnya, “Harimau Selatan” dan “The Red Warriors” selangkah lagi untuk memburu kejuaraan Piala FA edisi yang ke 24 setelah kedua-dua pasukan ini mengesahkan tiket ke perlawanan akhir selepas mengharungi perlawanan dramatik dalam usaha melayakkan pasukan ke final
jadual final piala fa 2013 1 final piala fa 29 jun 2013 johor jdt vs kelantan
Mengenai laluan ke final, Kelantan bangkit dari ambang kekalahan untuk menyingkirkan Terengganu menerusi agregat 6-5 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA selepas tamat aksi yang berlarutan sehingga 120 minit di Stadium Sultan Nasiruddin Shah pada 28 Mei 2013
Sebelum ini, Kelantan mencatat kemenangan 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV
Dengan keputusan tersebut, Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali keempat sekaligus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi mereka musim lalu

Pulau Pinang layak ke Liga Perdana 2014


Pulau Pinang berjaya melangkah ke Liga Perdana musim depan apabila berjaya menumpaskan YBU FC 1-0 hasil sepakan deras Norizam Salaman pada minit ke-31 dalam pertemuan di Stadium Bandaraya, di sini, semalam.
Dengan jumlah 45 mata, pasukan Harimau Kumbang itu belum dicabar mana-mana pasukan dalam Liga FAM yang lain dengan menduduki tempat teratas.