KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Tuesday, September 7, 2010

Wajarkah Mahasiswa Berpolitik?

Wajarkah Mahasiswa Berpolitik?
Rasanya isu ini telah lama muncul. Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan ketika era mantan perdana menteri Tun Doktor Mahathir Mohamad dulu, telah ada suara-suara yang mendesak agar akta ini dimansuhkan. AUKU didakwa menekan dan menyekat suara golongan mahasiswa. Beberapa hari lepas isu ini timbul lagi buat kesekian kalinya berikutan kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada guru sekolah untuk menyertai politik . Akta Universiti dan Kolej Universiti boleh diumpamakan seperti peraturan sekolah dulu. Apalagi tujuannya kalau bukan untuk mendisiplinkan pelajar itu sendiri.


Salah satu fasal yang terkandung di dalamnya ialah larangan terhadap mahasiswa untuk berpolitik kepartian.

15 (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap :

a. Mana-mana parti politik sama ada di ada di dalam atau di luar Malaysia.


Ketika kempen pilihnraya Parlimen Hulu Selangor beberapa bulan yang lalu, 4 orang mahasiswa UKM telah didakwa di mahkamah universiti atas kesalahan seperti dalam akta yang saya nyatakan tadi.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda AUKU yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat mereka tentang sesuatu isu yang berlaku di Negara kita.Tujuan utamanya adalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik kepartian.

Jujurnya , saya berminat mengambil tahu perkara berkaitan politik dan isu semasa di negara ini selepas PRU 2008 lalu yang memperlihatkan keadaan politik negara yang tidak stabil.Tapi tak bermakna saya berminat untuk berpolitik dan jauh sekali bercita-cita untuk menjadi ahli politik ! Tapi tahukah anda, mengambil tahu hal berkaitan politik merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia? Sebab dengan kesedaran politiklah yang bakal menentukan siapa yang bakal anda undi ketika pilihanraya umum nanti.Malaysia merupakan Negara demokrasi.Jadi kita bebas untuk memilih mana-mana parti yang kita rasa selari dengan kehendak dan aspirasi sendiri.

Secara umumnya saya menyokong agar akta ini dipinda untuk membolehkan mahasiswa terlibat dengan politik.Ketika ini, rata-rata mahasiswa tidak mengambil tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Tumpuan hanya pada pelajaran dan perkara lain. Apa-apa isu semasa pun ada yang tak tahu langsung. Tiadanya link yang kuat antara mahasiswa dan parti politik menyebabkan masalah dan suara mereka tidak mendapat perhatian kerana kebanyakan pemimpin politik sendiri sudah ‘berusia emas’. Keluhan dan cadangan dipandang sepi.

Suara mahasiswa tak sepatutnya dipinggirkan. Pepatah orang tua lebih banyak makan garam tak sepatutnya menjadi alasan. Jika kita lihat majoriti pemimpin kerajaan dan pembangkang ketika ini adalah seorang yang aktif berpersatuan dan berpolitik ketika zaman belajar mereka dulu. Lagipun AUKU belum wujud lagi masa tu. Maka, apa salahnya jika peluang yang sama diberikan kepada mahasiswa sekarang? Demokrasi yang sihat harus diterapkan dari awal agar kematangan kita dalam berfikir juga dididik dari awal lagi.

Namun setiap kebebasan ada hadnya. Cadangan ini harus diperhalusi dengan mendalam agar kebebasan mahasiswa terjamin dan pada masa yang sama ianya tidak disalahgunakan oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Idea dan saranan terpulang kepada pihak yang dijemput untuk bermuzakarah nanti. Mahasiswa yang bercita-cita hendak menyertai politik jangan abaikan pelajaran pula.Ingatlah, amanah ibu bapa besar juga.


Monday, September 6, 2010

Puasa Syariat/ Puasa Adat

Puasa Syariat/ Puasa Adat
“Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”
(Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi)


Rasulullah saw. merupakan manusia terpilih dan tauladan terbaik bagi kita. Baginda melipat gandakan ibadah kepada Allah swt. apabila Ramadhan memasuki 10 hari terakhir. Baginda menghidupkan malam harinya dengan mendekatkan diri kepada Allah swt., bahkan baginda membangunkan keluarganya agar turut serta beribadah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah ra. yang bermaksud:

“Adalah Rasulullah saw. apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadhan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan para ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadith di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah saw. melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan.

Bagaimana pula dengan kita?

Masing-masing sedar dan tentu dapat membuat penilaian sendiri dengan amal ibadah kita terutamanya pada akhir-akhir Ramadhan. Kita dapat perhatikan bahawa kebanyakan dari kita semakin lalai dan semakin hilang tumpuan untuk beramal ibadat demi mencari keredhaan Allah swt. dalam bulan yang penuh rahmat ini.

Apakah perancangan kita apabila menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak?

Sudah pasti masing-masing ingin melipat gandakan amal ibadat semata-mata untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah swt.. Ramadhan juga dijadikan landasan untuk menginjak ketaqwaan kita pada Allah swt..

Bagi yang beriltizam dengan harapan demikian, alhamdulillah

Dalam mengejar ganjaran Allah, jangan kita lupa untuk memimpin saudara serta teman untuk turut serta mempergiatkan amalan demi mencapai matlamat yang sama.

PUASA SYARIAT atau PUASA ADAT?

Wujudkah Puasa Adat? Sudah tentu kita berpuasa kerana mengikut syariat Islam.

Kita ulangkaji sikit mengenai ‘Rukun Islam’

1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat lima waktu
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Mengerjakan haji

Dapatlah kita lihat dari senarai Rukun Islam di atas bahawa kita sekarang berada pada tuntutan rukun yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kebanyakan dari kita yang mengakui Muslim tidak melaksanakan puasa sebagai ibadah mengikut tuntutan syariat. Dalam erti kata lain, tidak memahami konsep puasa dalam Islam.

Apabila berbicara tentang puasa, apa yang bermain di kepala kita adalah tak boleh makan serta minum. Ada pula yang mengeluh seumpama terpaksa berpuasa selama sebulan.

Tiada matlamat. Puasa tak habis lagi, kalut nak raya. Siapa mereka yang tersasar dari matlamat puasa sebenar? Siapa lagi kalau bukan saudara, rakan-rakan bahkan diri kita sendiri.

Akibat kejahilan, ibadat puasa yang penuh dengan limpahan rahmat Allah swt. dilalui dengan sia-sia. Tiada ganjaran.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Amatlah takut orang-orang yang beriman kiranya puasa mereka sia-sia apabila mendengarkan hadith berkenaan. Tumpuan, matlamat, kesungguhan serta keikhlasan mesti hadir dalam diri kita untuk melakukan apa jua ibadah. Andainya salah satunya tiada, maka jawapannya seperti mana hadith di atas.

Orang puasa, kita pun puasa. Atas kefahaman yang begitu saja kita berpuasa.

Itulah ‘Puasa Adat’. Ramai di kalangan kita sekadar berpuasa, tapi solat lima waktu diabaikan. Tuntutan rukun Islam yang kedua pun tak tertunai, tiba-tiba berpuasa untuk mendapat ganjaran.

Dapatkah? Ya, memang dapat. Dapat sebagaimana huraian hadith di atas.

Tanyalah diri kita masing-masing.

“Adakah aku berpuasa mengikut ‘Puasa Syariat’ atau ‘Puasa Adat’ ?”

Marilah kita sama-sama muhasabah diri, kita masih diberi kesempatan untuk membaiki nilai puasa kita walaupun Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.



..............................................................................................
Tujuan penulisan ini adalah untuk saling nasihat-menasihati dan sebagai ingatan sesama kita saudara seagama bahkan untuk diri yang sering lalai ini. Kelak kepada-Nya jua kita kembali. Mulai saat ini dan seterusnya, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita sudahpun berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk kita keluar dari cengkaman agenda Iblis, syaitan serta musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan menyesatkan kita selama ini.

Hari ini kita umat Islam semakin lemah. Inilah masanya kita bangun bersama. Sesungguhnya akhir zaman ini sudah hampir tiba pada kemuncaknya. Wallahua’lam.

InsyaAllah, gerakan kebangkitan umat Islam bermula pada bulan yang mulia ini.

Ayuh! bersama berganding bahu.
"Jangan biarkan kesedaran anda tergantung"


Sunday, September 5, 2010

Put Yourself In Other's Shoes

Put Yourself In Other's Shoes



Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :

" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."
(al-Hujurat : 12)


Imam Fakhruddin ar-Razi menghuraikan pula dalam Tafsir ar-Razi apa yang disebut dengan sangkaan berdasarkan ayat di atas dengan berkata :

" Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh-sungguh memastikan kebenarannya) dan penyelidikan yang dalam "

Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran.

Seorang lelaki dari New York diajak untuk menghadiri satu majlis makan-makan oleh rakan Koreanya sempena satu majlis. Pabila dihidangkan dengan makanan yang pelbagai, bermangkuk-mangkuk dan berpinggan-pinggan, sehingga dia tidak tahu apa yang perlu dimakan dahulu, bahkan tanpa mengetahui apakah jenis makanan itu, ia hanya meminum air dan meminta diri untuk pulang. Setelah pulang, ia mengkhabarkan dan merungut kepada rakan-rakan yang lain bahawa makanan Korea langsung tidak sedap, tidak berkhasiat dan sangat celaru serta menyusahkan!

Jika diperhatikan, apakah kesilapan terbesar lelaki New York tersebut?...

Ya, ia tidak mahu menjadi dan meletakkan dirinya dalam masyarakat Korea itu, tanpa menyiasat dan bertanya, ia terus menghukum, sedangkan ia langsung tidak mengetahui bagaimana dan apakah keadaan yang sebenarnya.

Jika ia sudi meletakkan dan menyesuaikan dirinya dengan masyarakat Korea, maka ia akan mengetahui bahawa makanan-makanan itu tidaklah secelaru sebagaimana ia fikirkan, ia mempunyai peraturan dan cara makan yang tersendiri. Bahkan makanan Korea telah diakui secara saintifiknya ia adalah antara makanan kesihatan yang terbaik di dunia. Selain bahan bahannya, ia menitik beratkan seni penyediaan, prinsip asas iaitu lima warna, merah, hijau, kuning, putih dan hitam menjadi perkara yang perlu ada bagi setiap hidangan. Jika ia mengkaji lagi, makanan Korea menjadi berjenis-jenis itu adalah kerana sejarah seorang maharajanya yang terlalu teliti dalam soal makanan, maka tukang masak istana menyediakan makanan sedemikian rupa.

Sekarang, jika ia mengetahui betapa istimewanya makanan tersebut, adakah ia akan melepaskan peluang untuk mencuba? Adakah ia akan merungut? Atau adakah ia akan terus berasa jengkel?...

Qurra' yang dikasihi,



Hidup kita di dunia bukan seorang diri, bahkan dijadikan Allah berbilang bangsa untuk saling mengenali. Hakikat kehidupan, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai keadaan dan ragam manusia. Jika kita mengamalkan sikap untuk menghukum tanpa mengetahui apa yang sebenar, layaklah gelaran kera sumbang untuk diberikan. Kita tidak akan dapat menilai dan mengetahui apa yang sebenarnya jika kita hanya melihat kepada diri sendiri, setiap yang kita suka tidak semestinya disukai oleh yang lain. Inilah yang memerlukan kita untuk berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan dan sikap pihak yang lain, menyelami permasalahan dan situasi sebenar, barulah kita akan mengetahui punca sesuatu terjadi.

Maksud firman Allah SWT :

" Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal "
(al-Hujurat : 13)


Bukan sekadar dapat mengetahui lapisan atas permasalahan atau keadaan yang berlaku sahaja, bahkan bersikap meletakkan diri dalam situasi pihak lain juga membekalkan kita dengan pelbagai maklumat tambahan sebagai bonus, lihat saja contoh si lelaki New York tersebut, ia malah bakal memperoleh maklumat tentang sejarah makanan Korea jika di selidiki. Maklumat tambahan sedimikian akan menjadi nilai tambah untuk kita dalam mengenal dan membaca situasi, menyelesaikan permasalahan yang sebelumnya tersimpul, mengelakkan konflik dan sebagainya.

Dalam bersahabat, berjamaah, berorganisasi, tidak dapat tidak untuk kita berusaha meningkatkan kebolehupayaan dalam mengenal dan memahami situasi pihak lain. Jika ini tidak berlaku, pastinya konflik bakal timbul dan akan lahirlah sikap nafsi-nafsi. Melihat hanya diri sendiri yang betul dan hebat, memandang rendah pendapat yang lain, seolah-olah hanya kita yang diberi akal oleh tuhan. Sikap cepat menghukum, seolah-olah kita tahu segalanya tidak lain hanya akan membawa kepada kemudharatan, maka elakkanlah, yang demikian, usahakan apa yang dikatakan " Put Yourself in Other's Shoes "

Satu kisah Rasulullah SAW juga pernah disangka buruk sepertimana yang direkodkan dalam satu hadith sohih, maksudnya :

Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata : " Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah " ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi).

Baginda menjawab : " Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid al-Walid berkata : " Adakah perlu aku memenggal kepalanya " (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad)

Baginda menjawab : " Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat ".

Khalid berkata : " Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas : " Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka "

( HR : Bukhari & Muslim )

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina
Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

Wednesday, September 1, 2010

Kerana Islam, Kita Dikatakan KOLOT!

Kerana Islam, Kita Dikatakan KOLOT!
Petikan Dari Iluvislam

Bismillahhirrahmanirrahim…

As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.

Moga kalian semua diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana.

Syukran.

Babak 1.


Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama lelaki.

Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la. Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”

Babak 2.

Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu. Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang

dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain. Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya datang terus rumah awak.”

******

Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai KOLOT. Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”

Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang

terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir, dalam Islam terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang dikisahkan apabila
penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah ayat 256

“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
Al Maidah ayat 3


“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;”
Al Qashash ayat 16


“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu,
maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Al-Baqarah ayat 132

Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?

Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.

Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
Kita alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul Khairat..!!!



Monday, August 30, 2010

Kelebihan Sahur & Tamar

Kelebihan Sahur & Tamar


“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”
-HR Bukhari dan Muslim



Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.




Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.


Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.


Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
  • Menuruti sunnah;
  • Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
  • Menambah kekuatan untuk beribadat;
  • Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
  • Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
  • Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.



Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.”
-HR Ibnu Hibban & Baihaqi


Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.


Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.



Wednesday, August 25, 2010

Belajar Dari Luqman Al-Hakim

Belajar Dari Luqman Al-Hakim
Bismillah...

Segala puji buat Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam, pencipta dan pentadbir semesta. Tiada sesuatu berlaku tanpa izinnya, segala sesuatu berlaku dengan izinnya jua, Dia tuhan Maha Kuasa, kita hamba maha hina!. Selawat dan salam buat baginda, insan agung pekerti mulia, Muhammad Rasulullah SAW.

Saya menjadi senang menulis apabila termotivasi dengan sesuatu, dan kali ini begitu juga, semoga menjadi teguran dan ingatan buat diri sendiri, jua buat sahabat Qurra' diluar sana. Luqman al Hakim banyak nasihatnya, sampaikan namanya menjadi salah satu nama surah dalam kitab suci al Furqan. Namun seringkali nasihat2 dari kalamullah itu dipandang sepi, hanya menjadi bicara, kuliah dan tulisan semata, praktikalnya ramai yang gagal mengikuti, setuju?

Saya berharap, tulisan ini tidak menjadi begitu, jadi saya amanahkan kepada Qurra' sekaliannya untuk mengamalkan sesudah dibaca nanti, saya bukan memaksa, tetapi Allah yang menuntut segala yang benar itu untuk diamalkan, setuju?, atau kalian tidak setuju yang kita wajib mengikuti yang haq?, jika begitu sila muhasabah diri kembali. Kisah yang saya suka untuk berkongsi kali ini adalah kisah Luqman al Hakim, anaknya dan keldai. Ia adalah kisah yang sangat mengesankan saya dalam bertindak dan menghadapi pandangan manusia.





Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan pandangan manusia, Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

" Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! "

Berikutnya, Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

" Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! "

Seterusnya, Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, maka berkata pula orang ramai :

" Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!, alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda! "

Akhirnya, Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan membiarkan ia kosong saja, orang ramai berkata lagi :

" Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!"

Apa kalian dapat dari kisah ini?, saya dapat sangat banyak, dan saya mohon berkongsi sendikit. " Ridhannas ghoyatun la tudrak! ", itu kata pepatah arab yang mampu menerangkan kisah ini, maksudnya " Kepuasan atau persetujuan dari SEMUA pihak yaitu manusia adalah sesuatu yang tidak mungkin dicapai ". Inilah yang kita katakan pandangan manusia, pandangan yang selalunya silap, jika dibandingkan dengan pandangan Allah. Sangat benar, pandangan manusia itu sering berbeza beza, setiap apa yg dilakukan pasti ada saja yang kurang bersetuju, mungkin majoriti, mungkin juga minoriti, tapi hakikatnya pasti ada perbezaan.

Melihatkan kisah ini, saya tidak mengatakan yang orang ramai yang memberi komen2 itu jahil atau silap, ada benarnya setiap komen itu bukan?, ya, memang ada benarnya, saya akui itu, tetapi setiap komen itu datangnya dari pandangan manusia yang pastinya banyak kekurangan, saya mahu tanya, jika orang ramai itu tahu kenapa Luqman al Hakim berbuat demikian, yaitu utk mendidik anaknya, adakah komen yang sebegitu akan diberikan?, pasti tidak bukan?...begitulah manusia, ia tidak mengetahui apa yang terselindung, apa yang tersembunyi.

Apabila berhadapan dengan pandangan manusia dalam menilai sesuatu, apa yang dikatakan mungkin sangat jujur, namun hakikatnya, manusia akan berkata dengan apa yg dia tahu dan lihat sahaja, sedangkan mungkin masih banyak perkara yang tersembunyi yang tidak ia ketahui dan fahami, ia mungkin satu bentuk kejujuran, namun jujurnya pendapat itu bukanlah boleh menafikan pandangan Allah. Kerna inilah kita perlu sentiasa memohon untuk melihat dengan pandangan Allah yang sentiasa benar, namun seringkali pandangan Allah itu akan diganggu gugat syaitan laknatullah, kerna itu sumpah setia syaitan, memalingkan manusia dari kebenaran, ia bukan silap manusia lain, bukan silap siapa2, tetapi silap kita sendiri jika masih mahu melihat dengan pandangan manusia yg serba kurang. Kitalah yg lebih tahu situasi yang sebenar, dan Allah lah yang lebih2 lagi Maha Mengetahui.

Kejujuran perlu datang dengan pakej hikmah, ikhlas, dan benar. Tidak bijak jika jujur datang tanpa tiga perkara itu. Malah kejujuran yang sebenar adalah kejujuran yang membuat diri lebih dekat dengan pencipta, apakah boleh dikatakan kejujuran itu membawa manfaat kirannya seorang Kristian datang berdakwah kepada kita, seterusnya dengan jujur mengatakan bahawa agamanya lah yang benar, kerna itu yang dia 'iktiqadkan, adakah itu bentuk kejujuran yang kita mahu mempercayainya dan terus memeluk agama kristian?, itu contohnya, namun pokoknya, pandangan manusia seringkali tersilap, pandangan Allah adalah yang haq, jadi pandangan mana kita mahu ikuti?. Lihatlah dengan hati yang dipandu Allah.

Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :

" Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu "

Maksud sabda Rasulullah SAW :


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: "Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku."
HR : Imam Tirmidzi

Berhadapan dengan kehidupan, kita sememangnya dituntut untuk saling mengingati antara satu sama lain. Inilah fitrah kejadian manusia yang jika kita lari daripadanya, maka ia akan merosakkan kehidupan. Lengkap melengkapi antara satu sama lain, menampungi kelemahan yang lain dengan kelebihan kita, dan mengizinkan untuk kelemahan kita ditampungi oleh kelebihan insan yang lain. Manusia tidak dijadikan Allah berbilion bilion ramainya untuk hidup sendiri tanpa mengendahkan yang lain. Namun, dalam berkata dan menzahirkan pendapat, ia perlu datang dengan pengetahuan yang benar, barulah ia bakal membantu, jika bicara tanpa ilmu yang cukup, tidak memahami situasi dengan sebenar benarnya, maka apa yg diperkatakan mungkin tidak membantu bahkan merosakkan.

Maksud sabda Rasulullah SAW:


" Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang baik, atau lebih baik ia diam sahaja "
HR : Bukhari & Muslim





Saya memohon untuk sentiasa dibimbing Allah, dan bimbingan itu disekalikan dengan kemudahan untuk melaksanakannya, saya berusaha untuk itu. Saya juga pohonkan agar bimbingan, panduan, dan kemudahan dari Allah untuk sahabat sekalian, doakan saya juga. Semoga kita sentiasa melihat dengan pandangan Allah, dan semoga syaitan tidak mampu mengganggu gugat apa yang datang dariNya. Sesungguhnnya yakin itu dari Tuhan, keraguan itu dari syaitan, maka pilihlah apa yang datang dari Tuhan. Tetapkan hati saya, tetapkan hati kami, dan tetapkan sahabat seluruhnya dengan keyakinan dariMu, Allahumma ameen! :)

Maksud firman Allah SWT :

" Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu "
Yunus : 107

Tuesday, August 24, 2010

Husnuzhon, and The Way Will be Shown

Husnuzhon, and The Way Will be Shown
I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.



My Friend : Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?

Me: Why? What happen, be cool..

My friend : Firstly, Only after we past the toll, i realize that i am wearing my old garbage shoes! I have bought a new shoes for this event, but i forgot that I have left it home! I got into the car without changing my shoes!

Me: what? Hahaha...

My friend : Secondly, its my bag! i can't pull the zip! I got a lot of stuff to bring! and i don't wanna leave any single of it...i think now its more than my weight excess limit..may be i have to pay extra for the excess...

Me: (speechless).. Control your emotion..


My Friend : And for my bonus, why must this thing came to me at this moment? Its not the time yet, It should be another week! Do you understand what i mean?

Me: No..I don't

My Friend : I mean menstrual period lol!..its not the time yet!..

Me : owh..sorry...Ok..Ok..can you please calm down? and take a deep breath? And pray to Allah

My Friend : I'm trying..but I'm really frust..anyway thanks for your advice..the phone line is not so good, your voice is breaking up...

and the line cut....and what I can do is to pray for her, may Allah ease her on every situation.

And that night, just a few minute before her flight departure, I got a text message from her..

Hi there, everything is just fine...

1. About my shoes, my dad just bought for me an expensive branded shoes at the airport and Its one of my dream shoes.

2. He also bought me a bigger baggage, only after that we realize that my small bag is only for 3kg. So, after changing the baggage, all my stuff is still below the excess limit.

3. Because of the menstrual period, I don't have to worried about my solat, either to jama' or qasar, God ease me and helped me a lot! Syukur Alhamdulillah. Ok, see you then, and thanks.



So, there is always a good reason and explanation beyond everything that we assume as a bad luck. Be positive, Husnuzhon, and we will be shown..

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

65:2 With that is admonished he who believes in Allah and the Latter Day. And whoever keeps his duty to Allah, He ordains a way out for him,

65:3 And gives him sustenance from whence he imagines not. And whoever trusts in Allah, He is sufficient for him. Surely Allah attains His purpose. Allah indeed has appointed a measure for everything.

(At-Talaq : 2,3)

Monday, August 23, 2010

Adab Memberi Nasihat

Adab Memberi Nasihat



Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
.................................................................................

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab memberi nasihat

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

Sunday, August 22, 2010

Rahmat Sebalik Ujian

Rahmat Sebalik Ujian


Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.
Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?



Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”


Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”


Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:


“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:


“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”


Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.


Thursday, August 19, 2010

Nikah? Renungkan

Nikah? Renungkan

Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.

Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.

Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.


Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.

Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.

Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.

Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.

Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.

Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.

Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.


Nota ringkas: Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.