KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Tuesday, December 29, 2009

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran & As-Sunnah

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini **Oleh Muhammad Isa Selamat1. Menurut Al-QuranDi antaranya ayat-ayat al Quran yang menganjurkan bangun di waktu malam dan beribadah iaitu:* Pahala mereka tidak terhalang.Firman Allah s.w.t. ertinya: “Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman...

Friday, December 25, 2009

Hijrah, ke mana kamu berhijrah wahaiUmmah?

1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri. Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun. 1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud. 1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul. Namun, apakah azam-azam ini diiringi dengan perancangan? Atau sebut-sebutan dari omongan? Ke arah mana kita berhijrah hakikatnya?Menjadi...

Sunday, December 13, 2009

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah...

Thursday, December 10, 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman 1. Bersyukur apabila mendapat nikmat2. Sabar apabila mendapat kesulitan3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan8. Jangan usil dengan kekayaan orang9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan11. Jangan tamak kepada harta12. Jangan terlalu bercita-cita...

Sunday, December 6, 2009

FIQH DAKWAH : SATU PEMAHAMAN

1. PEMAHAMAN FIQH DAKWAH Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu. Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap. Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang...

Keturunan Bangsa Israel

KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka."Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai...

Tuesday, December 1, 2009

1Malaysia Hanya Retorik

Pelbagai reaksi diberikan apabila gagasan 1Malaysia diperkenalkan Dato' Seri Najib Tun Razak pada awal pemerintahannya sebagai kepala negara. Ada yang memuji gagasan ini dan ada yang mengkritiknya. Sesetengah rakyat merasakan 1Malaysia adalah gagasan yang cuba mewujudkan satu bangsa Malaysia hingga melenyapkan kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia. Mungkin anda sendiri juga tidak memahami maksud sebenar gagasan ini. Sila baca booklet ini untuk kefahaman asas tentang gagasan ini agar perbincangan...

Monday, November 30, 2009

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu...

Sunday, November 29, 2009

Gurau Senda

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita. Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”. Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam...

Sunday, November 22, 2009

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah SWT". Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya...

Wednesday, November 18, 2009

HARI INI U/TAHUN PERISTIWA MEMALI

HARI INI U/TAHUN PERISTIWA MEMALIsumber-http://chegubard.blogspot.com/Hari ini genap 24 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan...