KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Monday, August 30, 2010

Kelebihan Sahur & Tamar

Kelebihan Sahur & Tamar“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”-HR Bukhari dan Muslim Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap...

Wednesday, August 25, 2010

Belajar Dari Luqman Al-Hakim

Belajar Dari Luqman Al-HakimBismillah...Segala puji buat Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam, pencipta dan pentadbir semesta. Tiada sesuatu berlaku tanpa izinnya, segala sesuatu berlaku dengan izinnya jua, Dia tuhan Maha Kuasa, kita hamba maha hina!. Selawat dan salam buat baginda, insan agung pekerti mulia, Muhammad Rasulullah SAW.Saya menjadi senang menulis apabila termotivasi dengan sesuatu, dan kali ini begitu juga, semoga menjadi teguran dan ingatan buat diri sendiri, jua buat sahabat Qurra'...

Tuesday, August 24, 2010

Husnuzhon, and The Way Will be Shown

Husnuzhon, and The Way Will be Shown I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon....

Monday, August 23, 2010

Adab Memberi Nasihat

Adab Memberi Nasihat Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”Hadis riwayat al-lmam Muslim. ................................................................................. Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah...

Sunday, August 22, 2010

Rahmat Sebalik Ujian

Rahmat Sebalik Ujian Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.Telah bertasbih...

Thursday, August 19, 2010

Nikah? Renungkan

Nikah? Renungkan Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan. Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya. Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.Saat Isteri menjadi madu,...

Wednesday, August 18, 2010

Keadilan dan Kepedulian

Keadilan dan Kepedulian Tidak pedulisme, mungkin satu perkataan baru buat anda. Apa yang pasti elemen ini begitu kuat dilihat dalam masyarakat mutakhir ini. Tidak pedulismenya kita pada jiran tetangga menyebabkan masalah keadilan sosial kian meruncing. Tidak pedulismenya ibu bapa menyebabkan anak-anak terabai keperluan kasih sayang. Dalam arena Malaysia ke arah pembangunan dan pembaharuan Wawasan 2020, wajarkah pembangunan negara dalam pelbagai bidang diteruskan dengan mengenepikan pembangunan...

Tuesday, August 17, 2010

Dibelenggu Pengalaman

Dibelenggu PengalamanPengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan.Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada terkecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang kita pelajari daripadanya. Bahkan mungkin, pengalaman dapat membawa kita ke dalam kehidupan...

Monday, August 16, 2010

Kematian Itu Peringatan Bagi Yang Hidup

Kematian Itu Peringatan Bagi Yang Hidup Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang. Kelak, ia akan menjadi rumah kita juga. Sebelum saya menulis lebih lanjut, suka saya nyatakan bahawa diri ini bukanlah yang terbaik dalam menyampaikan tajuk ini. Diri yang sering melakukan dosa dan membelakangiNya, amat-amatlah tidak layak untuk bercakap, apatah lagi tajuk yang berat seperti ini. Namun, menyedari bahawa rasa tidak layak, lalu mengambil tindakan untuk tidak menyampaikan apa-apa...

Sunday, August 15, 2010

Taubat di Pinggiran Hati

Taubat di Pinggiran Hati Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya,...

Friday, August 13, 2010

Batas

Batas Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum)Namun kita harus...

Wednesday, August 11, 2010

Harta Dunia, Setakat Mana?

Harta Dunia, Setakat Mana?Alhamdulillah atas nikmat kehidupan dalam Islam yang Allah kurniakan. Saya mengingatkan diri agar terus-terusan berdoa supaya kekal dalam Islam dan mati di dalamnya. Beruntunglah bagi orang yang hatinya tetap di jalan yang Allah redhai. Saya mulakan perkongsian ini dengan firman Allah dalam Surah Al-Hadid: " Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta...

Tuesday, August 10, 2010

Rindu Bertamu

Rindu Bertamu Ya ALLAH... Rindunya aku padanya.. Antara dua belas yang kukenal.. Dia yang paling istimewa.. Sungguh istimewa.. Tidak kunafikan.. Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?.. Adakah dia rindu untuk menemuiku?.. Rindukah dia kepadaku?.. Aku selalu mensia-siakan kehadirannya.. Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh.. Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata.. Terkadang hatiku tidak tulus.. Sedangkan dia Kau kurniakan.. Dia yang Engkau tentukan.. ...

Sunday, August 8, 2010

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut: 1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. Itu tidak lain adalah renungan...