KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Tuesday, October 18, 2011

Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan...

Wednesday, June 22, 2011

Ketika rakyat susah jom kita tinjau apa Menteri dapat ?

Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan...

Saturday, June 18, 2011

Nilai Sebuah Kejayaan

Sesungguhnya air membawa banyak manafaat kepada kehidupan manusia.Lihatlah dan renungkan sifat air, mengalir dari tempat tinggi tanpa henti,menyusuri puluhan,ratusan malahan ribuan kilometer merentasi dan mengharungi apa saja hanya untuk satu tujuan ke muara. Jika mahu memahami... "Air adalah guru kehidupan". Titisan demi titisan air yang menerjah kepermukaan batu yang keras mampu memecahkan batu yang keras.Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalany...mendapat kembali kekuatan dan semangat apabila merenungi...

Wednesday, June 15, 2011

Tiket Ke Syurga

Setiap manusia pasti mengimpikan syurga. Membayangkan diri bertelekan di atas dipan-dipan yang indah atau membayangkan diri berjalan sambil berlagu merdu di taman yang segar penuh keharuman, menebarkan harumnya bunga-bungaan di taman firdausi. Sungguh mengasyikkan. Namun tidak mudah untuk kita memasukinya kerana terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi.Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa menjalankan syariat-syariat agama dalam usaha mencari keredhaanNya....

Biodata IBLIS

Nama: Iblis LaknatullahTarikh Lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah S.W.TStatus: Fasiq kelas pertama (first class)Agama: KafirTempat Tinggal: Di dalam hati manusia yang lalaiKawasan Jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah S.W.TTempat tinggal: Neraka JahanamHobi: Melalaikan orang daripada mengingati AllahKegemaran: Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak AdamCita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkanKerja...

Wednesday, February 23, 2011

Penuhkan Bekalan Akhirat

[I]"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad[/I][B]Negeri Akhirat Sebagai Matlamat Hidup Setiap Muslim[/B]Kehidupan kita di dunia adalah hanya sementara, setiap daripada kita akan tetap melalui kematian dan akan berada di Negeri Akhirat tanpa ada lagi kematian selepas itu, selama-lamanya.Firman Allah Taala: يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ[I]Hai Manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh[/I][I]menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya (Surah Al Insyiqaaq : 6)[/I]Sabda Rasulullah s.a.w.Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w....

Monday, January 10, 2011

Bagaimana Menghadapi Kritikan

Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan andaDalam situasi lain, seseorang mengkritik anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan anda di khalayak ramai.Jika anda dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya anda kekal bermotivasi?Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.Lupakan kata-kata yang mengkritik anda, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara anda mempelajari sesuatu.Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar anda membuat perkara yang betul. Maafkan...

Sunday, January 9, 2011

Sakit - Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi...

Monday, January 3, 2011

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”. (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila...