[I]"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad[/I]
[B]Negeri Akhirat Sebagai Matlamat Hidup Setiap Muslim[/B]
Kehidupan kita di dunia adalah hanya sementara, setiap daripada kita akan tetap melalui kematian dan akan berada di Negeri Akhirat tanpa ada lagi kematian selepas itu, selama-lamanya.
Firman Allah Taala: يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ
[I]Hai Manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh[/I]
[I]menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya (Surah Al Insyiqaaq : 6)[/I]
Sabda Rasulullah s.a.w.
Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda :
[I]Jadilah engkau didunia ini seolah-olah engkau orang asing atau orang yang lewat (lalu) di jalan (musafir) Ketika engkau berada di waktu petang janganlah menanti waktu pagi,[/I]
[I]dan ketika di waktu pagi janganlah engakau menanti waktu petang, dan pergunakanlah kesihatanmu untuk sakitmu dan pergunakanlah hidupmu untuk matimu[/I]
[B]Setiap yang hidup pasti mati[/B]
Firman Allah: وَاللّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لاَ يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
[I]Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (Surah An Nahl : 70)[/I]
[I]Firman Allah: [/I]كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
[I]Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Al Imran : 185)[/I]
[B]Persiapkan dan cukupkan bekalan[/B][I] [/I]
[I]Firman Allah taala: الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلا[/I]
[I]Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya (sebagai bekal) itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Surah Al kahfi : 46)[/I]
[B]Perbandingan kehidupan dunia dan akhirat[/B]
[I]Firman Allah Taala: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ[/I]
[I]Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (Surah At Taubah : 38)[/I]