>> Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
>> Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan
>> yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang
>> memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan
>> (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu
>> kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah
>> ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
>> Berikut adalah cara bertahap:
>> I. Menghilangkan Definisi Hijab
>> Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa
>> pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya
>> dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para
>> wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun
>> bentuk dan namanya tetap pakaian.
>> Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan
>> manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti
>> juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke
>> negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
>> penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika
>> seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i
>> (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar
>> gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab
>> syar'i tetap dipertahankan.
>> Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya,
>> maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
>> Pertama, Membuka Bahagian Tangan
>> Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
>> membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model
>> yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak
>> apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
>> bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model
>> baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki
>> melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak
>> apa-apa kan?
>> Kedua, Membuka Leher dan Dada
>> Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah
>> syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah
>> menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih
>> maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut
>> sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan
>> hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,
>> sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
>> Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher
>> dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen
>> bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian
>> sensitif lagi dari dadanya.
>> Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
>> Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, tak "cool"
>> cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita
>> berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
>> dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan
>> memberi idea baru.
>> Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan
>> kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
>> potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja
>> yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia
>> menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya
>> di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan
>> transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
>> sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
>> Keempat, Agak di Buka Sedikit
>> Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka
>> syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea
>> baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu,
>> "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya
>> sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati
>> paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
>> energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan
>> dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha
>> ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan
>> duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa
>> lah, yang penting enjoy," katanya.
>> Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini
>> pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan
>> dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang
>> sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
>> II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
>> Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih
>> "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat
>> tubuhnya.
>> Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
>> Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar
>> tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih
>> kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata
>> kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau
>> kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan
>> lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan
>> sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
>> Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru
>> mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut
>> tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian
>> orang.
>> Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
>> Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
>> melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
>> "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan,
>> buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa
>> orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu
>> cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt
>> separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
>> terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
>> baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
>> Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
>> peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
>> jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
>> terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
>> Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
>> Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan
>> telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si
>> wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa
>> Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah
>> jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu
>> para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka
>> wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup
>> telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan
>> pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus
>> menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah
>> betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh
>> betisnya."
>> Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
>> "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka
>> kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka
>> lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi
>> sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian
>> tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau
>> wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-
>> sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar
>> malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya
>> memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di
>> zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang
>> ketinggalan zaman."
>> Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya
>> menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
>> orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
>> melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab
>> wanita.
>> III. Serba Mini
>> Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-
>> harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan
>> yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja,
>> sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
>> harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
>> Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia
>> pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan
>> tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan
>> berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya
>> sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial,
>> pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas,
>> musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha
>> pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
>> semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil
>> untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
>> segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
>> Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang
>> terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya
>> dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan
>> dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering
>> disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut
>> begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
>> tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
>> Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama,
>> telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri
>> kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan
>> jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung
>> sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
>> Penutup
>> Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
>> terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua,
>> terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak
>> gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil
>> tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan
>> dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita
>> untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti
>> merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,
>> selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke
>> dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di
>> akhirat.
>> Wallahu a'lam bisshawab.
>> Sumber idea dan buah fikiran:
>> Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah
>> Menyampaikan Kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim.
>> Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan
>> menyampaikan buletin ini kepada saudara-saudara kita yang belum
>> mengetahuinya.
Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.