KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Saturday, January 16, 2010

Alamat Mati Dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

:: TAZKIRAH ::

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:
"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.

3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah
"Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur ".

4. Mati di medan perang keran membela agama Allah.

5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
a. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada
urusan hutang).
b. Diselamatkan dari seksa kubur.
c. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
d. Diperhiasi dengan iman.
e. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin paling kurang ialah 49 bidadari).
f. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6. Mati kerana melhirkan anak.

7. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah,
"taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menanggungnya. Riwayat oleh Muslim.

8. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah,
"Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid".Riwayat oleh Muslim.

9. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

10.Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

11.Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

12.Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah,
"orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid". Riwayat Tabrani.

13.Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah
"Barang siapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.

14.Mati mempertahankan harta(harta yg baik punca). Riwayat Bokhari.

15.Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah
"Barang siapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid ". Riwayat Abu Daud.

16.Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.

17.Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.

18.Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan
4 perkara:
a. Mejaga sembahyang 5 waktu.
b. Banyak bersedekah.
c. Banyak membaca Al Quran.
d. Banyak bertasbih/zikir.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalakan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4.. Menjaga Kencingnya. (bersopan)

*Insya-Allah


0 comments:

Post a Comment