KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Sunday, November 28, 2010

Kita Terperangkap Dalam Zon Selesa

Bila menyelusuri beberapa buah blog dan tulisan di dalam facebook teman-teman, sudah ada di kalangan mereka yang mencatat betapa masa begitu pantas berlalu. Baru tersedar bulan November sudah menjengah. Tak lama nanti, Disember pun menyusul dan tahun 2010 akan pergi dalam lipatan kalendar. Ya, masa itu begitu cepat berlari, andainya kita hanya berpusing di atas paksi yang sama, berkitar dalam orbit yang serupa. Jika dari hari ke...

Sunday, November 14, 2010

Benarkah Usia Itu Hanya Angka?

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang teman lama. Sapaan saya yang penuh ceria kerana sudah lama tidak terserempak dengannya hanya dibalas dengan sebuah senyuman yang tidak simetrik. Jalannya yang pantas telah bertukar perlahan. Suaranya yang lantang telah berubah menjadi perlahan. Malah, peribadinya yang ligat telah berubah. Tenang lagi menenangkan. Saya terus bertanya khabar, bukan sekadar untuk berbasa basi, tetapi untuk mengetahui...

Thursday, November 11, 2010

zGangguan Panik (Panic Attack) dan Agorafobia

Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit? Jika YA, teruskan... Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan? Jika YA, teruskan... Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian...

Monday, November 8, 2010

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya." Berkahwin Kerana Ibadah Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia...

Contohilah Dia Wahai Wanita

Sebab apa jadi sebegini? Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini, saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita. Dan hari-hari yang saya lalui di tempat saya menyambung belajar ini, saya melihat pelbagai ragam dan jenis wanita. Dan dengan itu juga, saya ingin berkongsi dengan kalian akan tajuk mengenai, 'Wanita'. Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita...

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? Waktu Subuh Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi...

Wednesday, November 3, 2010

Takkan beri zakat pun rasuah

Takkan beri zakat pun rasuah-harakahdaily Hafiz Irwan GUA MUSANG, 3 Nov: Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mempertikai laporan yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi wang kepada masyarakat Orang Asal yang diislamkannya sebagai rasuah. Abdul Halim berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya menyampaikan wang zakat kepada tiga masyarakat Orang Asli selepas mengislamkannya di perkampungan Orang Asli,...

Tuesday, November 2, 2010

Mari Menjadi Manusia

Saya tak pernah bosan menjadi pendengar yang setia. Mendengar masalah orang, membuatkan saya bertambah bersyukur kerana Tuhan tidak menguji saya dengan ujian sebegitu. Antara yang banyak diluahkan ialah tentang soal ketenangan serta matlamat hidup. Apa yang perlu kita beruasaha untuk mencapai ialah matlamat dan tujuan hidup. Mari menjadi manusia Bercakap memang mudah. Benar, kita manusia tapi belum tentu kita ada sifat kemanusiaan. Manusia...

Monday, November 1, 2010

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula...

Sunday, October 31, 2010

Duhai Hati, Janganlah Terkorban Dengan Dunia

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah? Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya....

Wednesday, October 27, 2010

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda...

Monday, October 18, 2010

Virus Cinta Virus Benci

Tersebutlah sebuah kisah, di sebuah bangunan syarikat pengendalian urusniaga, seorang General Manager Azmi M Karim, sedang memeriksa portfolio yang baru sahaja disiapkan oleh seorang berjawatan Manager, Ahmad Kasim. Kebetulan pada hari itu, pendingin hawa bilik milik Azmi rosak. Maka dia meminta Ahmad untuk membuka tingkap pejabatnya yang berada di tingkat 11 sementara dia memeriksa portfolio Ahmad. Ahmad begitu yakin bahawa Azmi akan terpukau melihat...

Indahnya Belajar Daripada Alam

Aku sering memandang ke luar jendela.Merenung ke langit melihat pokok, bintang, langit yang biru, pokok-pokok yang berdiri tegak dan bintang-bintang yang berkelipan di kala malam.Malah aku sebenarnya sangat tertarik dengan sebatang pohon di hadapan jendelaku yang kelihatan sangat lebat dan rendang daunnya.Setiap kali aku memandang keluar jendela, pohon itulah yang sering menambat perhatianku terlebih dahulu.Dalam hatiku pula, aku sering tertanya-tanya apakah yang dapat aku pelajari dan aku fikirkan...

Tuesday, October 12, 2010

Membina Keyakinan Melalui Minda

Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain. Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar. Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa. Didikan terus daripada tuhan. Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan. Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat....

Monday, October 11, 2010

Hormati Perbezaan Pendapat

Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam pelbagai urusan. Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan. Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya. Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat". Yang...

Sunday, October 10, 2010

Hebatnya Seorang Ibu

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak. Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas...

Thursday, October 7, 2010

Mari Koreksi Diri

Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah, kurniaan yang melimpah ini kadangkala membuatkan aku terlupa untuk mensyukuri nikmatMu. Dalam kesibukan mengejar dunia ini, pernahkah kita terfikir untuk memperbaiki diri? Adakah cukup amalan kita?Bagaimana dengan perhitungan di akhirat yang pasti terjadi? Bersediakah kita? Mungkin kita biasa mendengar perkataan muhasabah, terutama apabila kita berada di akhir sesuatu program, kita diajak untuk bermuhasabah....

Wednesday, October 6, 2010

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia. Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul : "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35) "Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman;...