KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Thursday, July 15, 2010

KOLEKSI RAKAMAN CERAMAH UNTUK PARA PENDENGAR



Tatkala keganasan di dunia ini semakin mengancam dan menindas umat Islam, masih ada golongan yang ingin memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Tidak lekang di telinga kita berita mengenai penyeksaan dan penindasan ke atas umat Islam kita yang seringkali menjadi tajuk utama berita dunia saban hari. Contohnya; isu bantuan kemanusian di Gaza, kancah politik yang berlaku di Iraq, isu niqab wanita Islam di Eropah, isu nuklear Iran, dan pelbagai lagi cerita mengenai Islam pada akhir zaman ini. Terbuktilah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan di akhir zaman, umat Nabi Muhammad SAW akan menempuhi zaman fitnah, penindasan dalam pelbagai hak, dan termasuklah antara yang pasti akan berlaku iaitu fitnah Dajjal.


Di negara kita; Malaysia, masih banyak gejala yang kurang sihat kian menjalar di dalam diri masyarakat kita, contohnya masalah politik yang menjadi perbualan harian dalam kalangan warga masyarakat, gejala sosial para remaja dan pelbagai lagi pekara negatif yang berlaku di sekeliling kita. Perkara yang paling merisaukan kita adalah golongan remaja kita pada masa kini. Hiburan yang melalaikan telah pun berjaya melekakan para pemuda Islam. Inilah senjata kaum Yahudi laknatullah yang telah berjaya meresap ke dalam jiwa umat Islam seluruh dunia.


Ke mana hilangnya jati diri generasi muda Islam yang bakal mentadbir Islam dan negara kita? Masih mampukah kita sebagai golongan remaja untuk memerintah negara ini berlandaskan lunas-lunas Islam apabila sampai masanya generasi kita pula yang akan mentadbir agama dan memerintah negara ini? Tepuk dada, tanyalah iman.


Saya berpesan kepada diri saya dan juga kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana, sempurnakanlah solat lima waktu yang difardhukan kepada kita untuk dikerjakan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada. Kenali, pelajari, baca dan fahamilah kitab suci Al-Quran, kerana inilah mukjizat Rasulullah SAW yang masih ada sehingga kini yang menjadi panduan kita pada setiap masa di dunia ini.


Biasakan diri kita untuk mencintai dan menjejakkan kaki ke rumah-rumah Allah. Pada zaman kini, para pemuda dapat dilihat dalam jumlah yang sangat ramai ke masjid pada waktu solat Jumaat sahaja dan pada waktu lain pula,hanya golongan tua yang menjadi jemaah di rumah-rumah Allah. Hadis Rasulullah SAW banyak menekankan bahawa solat secara berjemaah itu lebih banyak pahalanya daripada solat secara bersendirian. Kehidupan para remaja sekarang jelas lebih didominasi hiburan-hiburan yang melalaikan daripada pemikiran yang berpaksikan tentang kebesaran Allah SWT, azab neraka, dosa, pahala serta kehidupan selepas mati iaitu alam barzakh dan alam akhirat yang pasti.


Akhir kata, saya menyeru kepada semua umat Islam supaya marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah SWT. Carilah cinta yang paling utama iaitu Allah SWT dan cinta Rasulullah SAW, dan daripada dua cinta suci ini, pasti kita akan mendapat cinta yang sepatutnya mekar di dalam kehidupan kita di dunia ini. Janganlah kita menjadi hamba Allah SWT yang cintakan dunia dan takutkan mati kerana cinta dunia ini adalah cinta yang hanya sementara, yang kekal dan abadi tentunya adalah akhirat. Mohonlah padaNya supaya kita mendapat naungan,rahmat & redhaNya serta syafaat Rasul kita, Nabi Muhammad SAW. Selawat junjungan ke atas baginda dan keluarga baginda. Wallahualam.





Di sini disertakan link koleksi rakaman ceramah dan ringkasan isi kandungan ceramah tersebut sebagai perkongsian untuk semua. Sila klik pada link untuk mendapatkan rakaman ceramah. Semoga bermanfaat, insyaAllah.


1. Kuliah Maghrib di Masjid Jame' Pekan Kajang telah menjemput seorang penceramah baru iaitu Dr. Maimun Aqsha. Beliau merupakan salah sorang pensyarah UKM yang telah menyampaikan kuliah ini menggunakan Kitab Sakratul Maut. Ikuti kuliah Dr.Maimun Aqsha yang bertajuk Sakaratul Maut yang telah menyentuh perkara-perkara berikut:


* Amalan di dunia yang berhubung dengan Alam Barzakh
* Lima peringkat Iman berdasarkan Al-Quran
* Fasa kehidupan sahabat Rasulullah SAW ; Amr Bin al-As
* Kisah Api Neraka di akhirat
* Kecintaan Muaz bin Jabbar kepada dunia
* Qiamullail Suami Isteri
* Asal usul zikirullah di zaman Anbia'


2. Majlis Ilmu Masjid Jame' Pekan Kajang diteruskan dengan ceramah daripada Dr. Rajab Selamat bertajuk Tuntutan Syahadah. Dalam kuliah beliau telah menekankan beberapa kisah untuk pengetahuan bersama. Antaranya adalah:


* Rezeki Islam; Kisah Yad Ibn al-Qalbi
* Abdul Mujanah melaksanakan hak pedang Rasulullah SAW
* Kebencian kaum Yahudi selepas kemenangan Islam di Badar
* Perancangan para sahabat membunuh Kaab Bin Asyraf


Dr. Rajab Selamat -Tuntutan Syahadah



3. Kuliah Subuh bulanan Masjid Jame' Pekan Kajang yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Ustaz Abdullah dijemput khas dari Baling, Kedah sebagai penyampai ceramah yang bertajuk Piala. Ceramah Ustaz Abdullah menyentuh beberapa perkara yang menarik seperti berikut:


* Pendapat tokoh sufi Fudail Ibnu Iya' tentang berkerja kerana manusia
* Haram bersikap sombong dan takbur
* Suhuf Ibrahim yang mengingati peranan pemerintah
* Amalan yang ditunggu malaikat selepas solat
* Haram mencaci para sahabat Nabi, mempertahankan saudara Islam dari dicaci
* Kisah Salamah bin Abwa' makan menggunakan tangan kiri di depan Rasulullah SAW
* Kisah Khalifah Umar al-Khatab mencari Wais al-Qarni


Ustaz Abdullah - Piala



4. Kuliah Maghrib Masjid Jame' Pekan Kajang telah menjemput penceramah baru iaitu Ustaz Anuar Salleh untuk mengajar bab aqidah kepada para jemaah. Antara intipati dalam kuliah Ustaz Anuar Salleh mengenai ‘ Yahudi dan perancangan' adalah :

* Faktor kerosakan dunia kerana melanggar kebenaran Allah SWT dalam Al-Quran
* Hasad dengki Yahudi kepada Nabi akhir zaman
* Makhluk terawal dicipta Allah SWT menurut hadis Rasulullah SAW
* Ilmu perancangan Islam yang telah ditiru oleh Yahudi
* Kapitalis telah menyelewengkan sejarah Islam dalam silibus pendidikan di dunia
* Penjajahan British telah merancang sisitem pendidikan dalam negara





5. Ustaz Mohd Salahuddin meneruskan pengajian Kitab Halal dan Haram di Masjid Jame' Pekan Kajang setelah pangajian Kitab Ar-roh tamat. Ustaz Mohd Salahuddin telah memberi cermah bertajuk ‘Halal Haram Milik Allah'.


* Manusia tiada hak untuk menentukan halal dan haram
* Amalan menziarahi kubur yang salah dalam adat
* Menyalahgunakan rezeki Allah SWT
* Kisah ulama' yang diserang tentera Nabi Musa pada zamanya
* Imam Nawawi dengan fatwa pemerintah yang mengambil cukai daripada rakyat
* Soal menukar halal dan aram tidak digemari oleh para imam mazhab




6. Kuliah Maghrib pada malam Jumaat di Surau Impian Gemilang diteruskan lagi dengan Ustaz Mohd Salahuddin dalam siri pengajian Kitab Ar-Roh. Kuliah Ustaz Mohd Salahuddin pada kali ini mengenai peristiwa Isra' yang telah mamaparkan gambaran balasan kepada kumpulan manusia dalam peristiwa Isra' kubur seperti berikut:

* Golongan yang susah mengerjakan dan melambatkan solat
* Kedekut dalam sedekah dan zakat
* Seksaan suami atau isteri yang membuat zina dengan orang lain
* Orang yang menghalang kerja-kerja dakwah
* Tamak dalam memegang amanah walaupun sedar dia tidak berkemampuan
* Balasan kepada orang yang makan riba
* Bibir seperti unta untuk orang yang memakan harta anak yatim
* Ketegasan Mazhab Syafie mengenai kenduri makan tahlil arwah
* Konspirasi memfitnah orang lain dan apa balasanya?
* Hendak menasihati orang, tetapi diri sendiri tidak mengamalkannya





7. Pengajian Kitab Bahru al-Madzi di Masjid Jame' Pekan Kajang diteruskan oleh Ustaz Hj. Zainal Abidin. dalam bab makanan untuk Jilid ke-12. Tajuk rakaman ini Ustaz Hj. Zainal Abidin pada kali ini ialah ‘Oh Bawang' menghuraikan beberapa perkara, antaranya :



* Tinggalkan baki makanan yang dihidangkan untuk orang ramai
* Mengambil berkat makanan daripada orang yang alim
* Kasih sayang para sahabat dengan Rasulullah SAW
* Kisah sahabat yang ingin memukul Rasulullah SAW?
* Perkara yang harus disegerakan dalam Islam
* Trend hantaran kahwin yang tinggi
* Rasulullah SAW tidak suka makan bawang




8. Siri kuliah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid Jame' Pekan Kajang diteruskan oleh Ustaz Abd. Razak Mahadi dengan tajuknya iaitu ‘Syukur'. Antara intipati kuliah kali adalah:


* Sungguh besar nikmat Allah SWT kepada hamba-hambaNya
* Cara Rasulullah SAW bersyukur setelah menjumpai unta baginda
* Orang yang bersyukur sewaktu makan menyamai orang berpuasa yang bersabar
* Golongan Hammadun di akhirat. Siapakah mereka?
* Memikirkan kejadian ciptaan Allah SWT adalah cara bersyukur




9. Kuliah Maghrib Masjid Jame' Pekan Kajang bagi kelas Tafsir disampaikan oleh Ustaz Fadly. Anak jati negeri Kelantan ini cukup menarik gaya penyampaiannya. Ikuti kupasan ceramah Ustaz Fadly mengenai Surah Quraish yang menyentuh beberapa perkara penting iaitu:


* Kaum Quraish menjadi pilihan Allah SWT untuk Rasul akhir zaman
* Berkhatan adalah amalan dari Nabi Ibrahim as
* Sejarah saie di Safa & Marwah
* Percikan air zamzam daripada Nabi Ismail as
* Sejarah pendudukan Mekah dan penyembahan berhala
* Isu menghukum keluarga Rasulullah SAW sebelum kedatangan Islam




0 comments:

Post a Comment