KritikaN MembinA KekuataN DijanA

Sunday, November 28, 2010

Kita Terperangkap Dalam Zon Selesa

Bila menyelusuri beberapa buah blog dan tulisan di dalam facebook teman-teman, sudah ada di kalangan mereka yang mencatat betapa masa begitu pantas berlalu. Baru tersedar bulan November sudah menjengah. Tak lama nanti, Disember pun menyusul dan tahun 2010 akan pergi dalam lipatan kalendar. Ya, masa itu begitu cepat berlari, andainya kita hanya berpusing di atas paksi yang sama, berkitar dalam orbit yang serupa. Jika dari hari ke...

Sunday, November 14, 2010

Benarkah Usia Itu Hanya Angka?

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang teman lama. Sapaan saya yang penuh ceria kerana sudah lama tidak terserempak dengannya hanya dibalas dengan sebuah senyuman yang tidak simetrik. Jalannya yang pantas telah bertukar perlahan. Suaranya yang lantang telah berubah menjadi perlahan. Malah, peribadinya yang ligat telah berubah. Tenang lagi menenangkan. Saya terus bertanya khabar, bukan sekadar untuk berbasa basi, tetapi untuk mengetahui...

Thursday, November 11, 2010

zGangguan Panik (Panic Attack) dan Agorafobia

Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit? Jika YA, teruskan... Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan? Jika YA, teruskan... Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian...

Monday, November 8, 2010

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya." Berkahwin Kerana Ibadah Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia...

Contohilah Dia Wahai Wanita

Sebab apa jadi sebegini? Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini, saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita. Dan hari-hari yang saya lalui di tempat saya menyambung belajar ini, saya melihat pelbagai ragam dan jenis wanita. Dan dengan itu juga, saya ingin berkongsi dengan kalian akan tajuk mengenai, 'Wanita'. Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita...

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? Waktu Subuh Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi...

Wednesday, November 3, 2010

Takkan beri zakat pun rasuah

Takkan beri zakat pun rasuah-harakahdaily Hafiz Irwan GUA MUSANG, 3 Nov: Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mempertikai laporan yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi wang kepada masyarakat Orang Asal yang diislamkannya sebagai rasuah. Abdul Halim berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya menyampaikan wang zakat kepada tiga masyarakat Orang Asli selepas mengislamkannya di perkampungan Orang Asli,...

Tuesday, November 2, 2010

Mari Menjadi Manusia

Saya tak pernah bosan menjadi pendengar yang setia. Mendengar masalah orang, membuatkan saya bertambah bersyukur kerana Tuhan tidak menguji saya dengan ujian sebegitu. Antara yang banyak diluahkan ialah tentang soal ketenangan serta matlamat hidup. Apa yang perlu kita beruasaha untuk mencapai ialah matlamat dan tujuan hidup. Mari menjadi manusia Bercakap memang mudah. Benar, kita manusia tapi belum tentu kita ada sifat kemanusiaan. Manusia...

Monday, November 1, 2010

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula...