Pengertian As-Salafus Soleh
As-Salafus Soleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh. Yang dimaksudkan dengan istilah as-Salafus Soleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat nabi,tabi'in(para murid sahabat) dan tabi'ut tabi'in(para murid tabi'in). Dengan demikian as-Salafus Soleh adalah tiga generasi awal dari kaum muslimin.

Dalil-dalil daripada Al-Qur'an Al-Karim
Di dalam Al-Qur'an, surah at-Taubah ayat 100 yang ertinya :
Ayat tersebut menetapkan bahawa redha Allah dan syurga-Nya itu bagi sahabat nabi (muhajirin dan ansar) dan orang-orang yang mengikuti mereka. Ini menunjukkan bahawa syurga itu di capai dengan cara mengikuti pemahaman sahabat dalam perkara din(agama), maka mengikuti mereka merupakan suatu kewajipan.
Di dalam surah Ali Imran ayat 110 yang ertinya :
Ketika ayat ini turun, lafaz kalian di tujukan kepada sahabat nabi, maka ayat tersebut menetapkan bahawa sahabat adalah generasi yang terbaik dalam perkara agama. Penetapan Allah swt terhadap diri mereka sebagai generasi terbaik, menunjukkan pemahaman sahabat dalam perkara din,dalam perkara akidah mahupun amal, kerana tidaklah seseorang itu mengikuti dan meneladani kecuali yang telah di tetapkan oleh-Nya sebagai generasi terbaik dari umat ini.
Maka orang-orang yang mengikuti sahabat dalam beragama akan menjadi bahagian dari kelompok sahabat, menjadi sebahagian dari umat terbaik yang telah di tampilkan oleh Allah swt. Dengan demikian makna umat terbaik berlaku bagi sahabat nabi dan semua orang yang mengikuti pemahaman mereka dalam perkara din(agama).

Dalil daripada Sunnah
Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
(HR. Bukhari IV/189, Muslim VII/184-185, Ahmad I/424, dan lain-lain)
Wallahu'a'alam.
0 comments:
Post a Comment